Wednesday, October 29, 2014

SEJARAH PENUBUHAN KADET REMAJA SEKOLAH (TKRS)

SEJARAH PENUBUHAN KADET REMAJA SEKOLAH (TKRS)

PENGENALAN


Tunas Kadet Remaja Sekolah ( TKRS ) ditubuhkan pada 15 Mac 1999. Sekolah yang menjadi sekolah pertama (pengasas) menubuhkan TKRS ialah Sekolah Kebangsaan Seri Melati,Kuala Lumpur. TKRS ditubuhkan khas untuk murid-murid sekolah rendah sepertimana Kadet Remaja sekolah untuk pelajar-pelajar sekolah menengah sahaja. Antara tujuan TKRS ditubuhkan adalah untuk memberikan pendedahan awal kepada pelajar-pelajar mengenai KRS. Ini kerana TKRS merupakan KRS di peringkat awal ( sekolah rendah ). Kurikulum, matlamat dan objektif serta perjuangan TKRS adalah berdasarkan Kadet Remaja Sekolah (KRS). Pada awal penubuhan, pasukan ini dinamakan Tunas Kadet Remaja Islam

Sekolah ( TKRIS ). Dewasa ini TKRIS dikenali dengan nama Tunas Kadet Remaja Sekolah.


1. LATAR BELAKANG

1.1 Pelajar adalah satu aset yang amat berharga dalam menentukan arah pembangunan pada masa akan datang. Dalam konteks Pendidikan Kebangsaan kegiatan kokurikulum merupakan satu program penting demi membangunkan potensi murid-murid secara menyeluruh. Secara umum kegiatan kokurikulum yang sedia ada
telah berjaya membina disiplin pelajar bagi meningkatkan minat mereka terhadap pembelajaran. Namun demikian masih banyak ruang yang perlu dipenuhi untuk mengatasi masalah generasi yang semakin mencabar. Bagi mengisi tuntutan ke arah negara maju, kita perlu menyediakan golongan yang dinamik dan berkualiti serta
mempunyai perkembangan sahs iah yang seimbang dari segi jasmani , emosi, rohani dan intelek ( JERI ).
1.2 Menyedari keperluan ini Kadet Remaja Sekolah ( KRS ) dan Tunas Kadet Remaja Sekolah ( TKRS ) hendaklah ditubuhkan di semua sekolah menengah/rendah kerajaan dan bantuan kerajaan
seluruh negara sebagai salah satu pasukan Pakaian Seragam di sekolah. Kewujudan KRS/TKRS sekaligus dapat memenuhi kepelbagaian citarasa, minat dan bakat pelajar berdasarkan objektif yang dikemukakan.

2. RASIONAL

2.1 Memberi peluang seluas-luasnya kepada murid-murid untuk melibatkan diri dalam Pasukan Pakaian Seragam.
2.2 Adalah diharapkan Kadet Remaja Sekolah / Tunas KRS dapat membantu mengatasi masalah salahlaku di kalangan murid-murid sekolah seperti penyalahgunaan najis dadah, ponteng sekolah, budaya lepak dan juvana.
2.3 Memenuhi inspirasi dan permintaan masyarakat masa kini yang memerlukan satu usaha pembinaan generasi baru secara komprehensif dan cemerlang dengan mendapat sokongan padu daripada semua pihak.
2.4 Aktiviti KRS diharap dapat mengembangkan semua aspek potensi manusia yang berteraskan ilimu dan amal ke arah pembinaan dan pengukuhan sahsiah pelajar yang mengamalkan nilai-nilai murni dan moral yang tinggi selaras dengan Falsafah Pendidikan Negara. 

3. MATLAMAT
Melahirkan pelajar cemerlang yang beriman, berakhlak mulia, berilmu dan berketrampilan selaras dengan hasrat Wawasan Pendidikan dan Falsafah Pendidikan Negara ke arah menjayakan Wawasan 2020.

4. OBJEKTIF

4.1 Membina generasi bersemangat patriotik yang cintakan agama, bangsa dan negara.
4.2 Membentuk generasi yang menjiwai semangat perpaduan, memiliki ketrampilan diri, berdaya saing, bersemangat juang , kreatif serta inovatif dalam menghadapi pelbagai cabaran hidup.
4.3 Membina dan mengembangkan kefahaman, kesedaran dan kepekaan di kalangan pelajar mengenai isu-isu semasa serta berkeupayaan mewujudkan integrasi nasional.
4.4 Melahirkan generasi yang mengetahui, memahami, menghayati dan mengamalkan akhlak Islam serta mampu memberikan sumbangan demi kesejahteraan hidup bermasyarakat dan bermesra.
4.5 Menyediakan peluang kepada pelajar untuk memperolehi pengetahuan, pengalaman, kemahiran, kebolehan mengurus dan memimpin.

5. PERANCANGAN DAN PELAKSANAAN
Fokus utama pengurusan dan pelaksanaan aktiviti KRS/TKRS peringkat Kebangsaan, Negeri dan Daerah ialah sminar dan bengkel konsep dan operasi KRS/TKRS. Kursus Pemimpin diperingkat sekolah menumpukan kepada aspek-aspek pelaksanaan aktiviti KRS/TKRS. Bagi Tunas Kadet Remaja Sekolah( TKRS ) dicadangkan
supaya ditubuhkan di semua sekolah rendah seluruh Malaysia agar murid-murid didedahkan lebih awal mengenai Kadet Remaja Sekolah seperti mana pasukan pakaian seragam yang lain ( Persatuan Bulan Sabit Merah Malaysia, Persekutuan Pengakap Malaysia, Pergerakan Puteri Islam Malaysia,Persatuan Pandu Puteri Malaysia, St. John Ambulans Malaysia, Pasukan Pancaragam dan Seni Bela Diri )

6. BIDANG AKTIVITI BERSEPADU KRS DAN TKRS
6.1 Disiplin dan Kerohanian
6.2 Ketahanan diri dan Kebudayaan
6.3 Alam Sekitar
6.4 Keusahawanan
6.5 Khidmat Masyarakat ( Khidmas )

7. PEMANTAUAN

7.1 Tugas pemantauan terhadap pelaksanaan / laporan aktiviti hendaklah dilakukan oleh :
– Pengarah PelajaranNegeri
– Pegawai-Pegawai JPN
– Jurulatih KRS Negeri
– Pegawai Pelajaran Daerah
– Pengetua/ Guru Besar

7.2 Pemantauan merangkumi perkara-perkara berikut :
- Laporan Aktiviti
- Laporan Kewangan
7.3 Jawatankuasa Peringkat Kebangsaan.

1 comment:

  1. Best Casino Games for December 2021 - Wooricasinos.info
    Get the mlb 분석 best casino games for 라스 벳 players from the USA TODAY Sports community. slots, 벳무브 blackjack, roulette and 바카라 사이트 주소 more! 슈어맨

    ReplyDelete