Wednesday, October 29, 2014

LENCANA & BENDERA TUNAS KADET KADET REMAJA SEKOLAH (TKRS)


LENCANA & BENDERA TUNAS KADET KADET REMAJA SEKOLAH (TKRS)

LENCANA TUNAS KADET KADET REMAJA SEKOLAH (TKRS)

Pengertian Lencana
  • Perisai melambangkan benteng ketahanan diri daripada gejala yang tidak sihat.
  • Bulan dan bintang melambangkan Agama Islam sebagai agama rasmi Negara Malaysia.Dua tangkai padi bersilang melambangkan resmi padi iaitu berilmu dan berketrampilan serta matang dan rasional dalam semua tindakan.
  • Buku yang terbuka dan rehal melambangkan peranan institusi pendidikan yang mementingkan tradisi ilmu untuk semua tanpa mengira keturunan dan kaum, agama dan latar belakang budaya ke arah melahirkan bangsa Malaysia selaras dengan Falsafah Pendidikan Negara.
  • Warna hijau melambangkan alam sekitar yang sihat.
  • Warna merah melambangkan keperwiraan dan sedia berjuang mempertahankan negara yang tercinta.
  • Warna kuning melambangkan warna diraja yang menjadi tonggak kedaulatan Negara Malaysia
  • Warna putih melambangkan keikhlasan serta kesucian.




BENDERA & COGAN KATA





Warna Hijau melambangkan :

  • Tunas muda/remaja yang masih boleh dibentuk.
  • Laluan hidup yang jelas untuk masa depan.
  • Alam sekitar merupakan sebahagian daripada kurikulum KRS/TKRS



COGAN KATA 

’ ILMU IMAN AMAL’



ILMU    : Asas keintelektualan dan ketrampilan ahli KRS/TKRS.
IMAN    : Keimanan yang mendalam merupakan asas pembinaan diri.
AMAL   : Penghayatan dan perlakuan gaya hidup sihat yang berterusan merupakan natijah daripada                     intelektual dan disiplin diri.






No comments:

Post a Comment