Wednesday, October 29, 2014

IKATAN & SIMPULAN

IKATAN DAN SIMPULAN






PENGENALAN


DEFINISI
  • Terdapat 3 definisi yang telah saya pelajari tentang simpulan dan ikatan semasa kelas Asas Kembara pada minggu keempat iaitu simpulan (knotting), ikatan (lashing), dan mematikan hujung tali (whipping).


SIMPULAN

  • Biasanya simpulan menggunakan tali yang kecil dan sederhana saiznya. Ianya digunakan pada benda-benda yang kecil dan sederhana. Simpulan digunakan pada setiap tempat dan masa seperti di rumah, di hospital, mengikat kasut, bungkusan dan memulakan jahitan.


Contoh-contoh simpulan ialah:-
1. buku sila.
2. tindih kasih.
3. simpul himpit.
4. lilit dua simpu.
5. simpul pemukat.


Ikatan
Ikatan digunakan untuk mengikat kayu, buluh, tiang dan papan untuk membuat jambatan, tiang bendera, menara dan sebagainya. Kebiasaannya dalam kegiatan berpengangkap dan kepanduan beberapa ikatan digunakan seperti ikat seraya, ikat serong, ikat silang gunting dan lilit balak.



Mematikan hujung tali
Mematikan hujung tali ini perlu supaya tali tidak terburai dihujungnya. Kebiasaannya hujung tali dimatikan dengan lilit pemati biasa dan lilit pemati selit.



JENIS-JENIS IKATAN DAN SIMPULAN


a) Simpulan angka 8 / figure of 8

b) Figure of eight on a bight

c) Figure of eight follow the through

d) Simpul mati / end knot

e) Buku sila / reef knot

f) Ikatan manuk / clove hitch

g) Body Bowline Knot

h) Simpul pengail / fisherman knot

i) Tindih kasih / bow line

j) Double Fisherman Knot




TEKNIK IKATAN DAN SIMPULAN DAN FUNGSINYA




IKATAN BUKU SILA


Ikatan Buku Sila digunakan untuk mengikat kain pembalut atau kain anduh, menyambung tali yang sama besar saiznya dan boleh digunakan untuk mematikan sebarang ikatan. Ikatan ini direka agar kedua-dua punca atau hujung tali tersebut senang dibuka semula.


Fungsi
  • Untuk menyambung 2 tali yang sama saiz.
  • Untuk Mengikat pembalut segi tiga semasa pertolongan cemas.
Teknik

i. Letakkan hujung A dan B di atas satu sama lain.
ii. Masukkan hujung A dibawah B.
iii. Kemudian, lakukan ikatan yang sama dengan memasukkan B di bawah.






IKATAN BUNGA KETI 


Ikatan Bunga Keti digunakan bagi menyambungkan tali yang tidak sama besar saiznya. Contohnya bagi menyambungkan tali perahu dengan tali kapal.


Fungsi
  • Menyambung 2 tali yang tidak sama saiz.
  • Mengikat tali kesuatu tanjul.


Teknik
i. Mulakan simpul.
ii. Kemudian masukkan hujung tali B supaya bersilang untuk membentuk simpul.
iii. Seterusnya tarik kedua-dua tali tersebut untuk membentuk simpul .

No comments:

Post a Comment